Friday, 13 May 2016

AYAM MASAK MERAH with STEVIA.





Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan buat ayam masak merah:
  • 5-6 ketul ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
  • 250 ml air
  • Sachet Stevia (ikut citarasa) *ganti gula/madu [saya gunakan 2 sachet stevia sweetener].
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar halus:
  •  2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara buat ayam masak merah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  2. Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  3. Kemudian masukkan bahan yang sudah di kisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejap.
  5. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  6. Masukkan tomato,sos tiram & stevia sweetener, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  7. Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan warna kuah dah menarik), bolehlah ditutup api.
  8. Ayam masak merah dah selesai anda buat. 
 

~...Selamat Mencuba...~

by Nur Fasyiha Rusli.  


No comments:

Post a Comment