Monday, 25 April 2016

Penemuan Saintifik.

     


Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah tinggi pada tikus. 

Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 2000mmenjadikan 106 berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi sebagai subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250 mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan dilakukan pada sebulan sekali selama setahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil daripada kajian ini, saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. 

Satu kumpulan saintis melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam Stevia. Mereka mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid,steviol,isosteviol dan glukosteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah  menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin berpotensi untuk menjadi agen anti-hipeglimesik dalam diabetes mellitus jenis 2.

Ciri-Ciri Stevia Dari Sudut Perubatan.



Stevia mempunyai ciri yang unik iaitu sebagai pemanis semulajadi. Ia juga tidak mengandungi kalori. Secara tradisional stevia mengandungi sifar kalori,lemak,kolestrol,gula dan karbohidrat. 
Ekstrak stevia dikatakan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. 
Kandungan utama yang membuatkan ia manis ialah Stevioside dan ia tidak bertoksid. Ia juga tidak menyebabkan mutasi sel. Ia juga merupakan formula awet muda. Selain itu, Stevia juga dapat membunuh bakteria,kulat dan virus. Stevia juga dapat mengurangkan keradangan. 
Buat mereka yang ingin menguruskan badan, Stevia mungkin boleh menjadi salah satu penyelesaiannya. Dengan meminum minuman Spike Stevia...anda akan dapat menguruskan berat badan anda tanpa perlu menyekat diet anda. 






SPIKE STEVIA FRUIT DRINK 
Terdiri daripada 4 Perisa:
1.Mangga 
2.Markisa
3. Anggur 
4. Kalamansi.



Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan Stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan, digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa. 


Believe it or not? 


  



Tumbuhan Bernama Stevia

         Sejenis tumbuhan berbatang  lembut. Dari sudut penanamannya, medium yang digunakan dari jenis poros (yang bermaksud pasangan) supaya tiada air yang bertakung selepas disiram.
Tumbuhan ini memerlukan air yang bertakung selepas disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi. Ia perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia cepat kering dan mati jika kekurangan air.







Daun Stevia berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Penumbuhan Stevia boleh mencapai ketinggian 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga yang berwarna putih. Berbentuk menyerupai bunga-bunga aster yang lain,cuma saiznya kecil. 
Stevia menghasilkan biji benih apabila matang.  Ia membiak melalui keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan mudah mengeluarkan akar, namun percambahannya agak rendah dan jarang digunakan. 






Bahan aktif yang digunakan ialah steviol glycoside. Ia stabil pada suhu tinggi. Nilai pH yang stabil. Steviol Rebaudioside tidak merangsang tindak balas glisemik. Ia menjadi kegemaran kepada yang ingin menghadkan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Tumbuhan ini boleh merawat tekanan darah tinggi. Daun stevia juga dapat mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. 




Friday, 22 April 2016

ASAL USUL STEVIA.


          Nama Stevia diambil daripada nama New Latin seorang Doktor & Ahli Botani Sepanyol, Petrus Jacobus Stevus. Beliau turut dikenali sebagai Pedro Jaime Esteve.
Stevia berasal daripada masyarakat Brazil & Paraguay sebagai pemanis sejak beratus-ratus tahun yang silam. Digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.
Ia digelar ka'a he'e yang bermaksud herba manis. Fungsi daun stevia ialah untuk memaniskan teh herba yang kelat dan makanan. Ia turut dijadikan sebagai penawar untuk tekanan darah tinggi,melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

           Pada tahun 1899, ahli botani Moises Santiago Bertoni pertama kali menggambarkan tumbuhan ini sebagai tumbuhan yang tumbuh di timur Paraguay dan dinikmati rasa manisnya. Kegunaannya disedari sebagai pemanis oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Selepas itu,ia digunakan secara meluas hingga dibawa ke Asia.  Kajian awal dimulakan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.



Story of Stevia.




Stevia Rebaudiana

        Stevia Rebaudiana merupakan sejenis spesis tumbuhan. Stevia Rebaudiana merupakan pokok renek dan semak yang berasal daripada keluarga bunga matahari, atau nama saintifiknya ialah Asteraceac. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah daun manis (sweetleaf),daun gula (sugar leaf) atau herba manis (sweet herb). Di Malaysia ia digelar "Pokok Gula". Stevia dipercayai dapat mengurangkan kencing manis.
Ia membawa peranan sebagai "Pengganti Gula". Spesis Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah daripada "Stevia Rebaudiana".