Monday, 25 April 2016

Penemuan Saintifik.

     


Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah tinggi pada tikus. 

Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 2000mmenjadikan 106 berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi sebagai subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250 mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan dilakukan pada sebulan sekali selama setahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil daripada kajian ini, saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. 

Satu kumpulan saintis melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam Stevia. Mereka mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid,steviol,isosteviol dan glukosteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos.

Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah  menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin berpotensi untuk menjadi agen anti-hipeglimesik dalam diabetes mellitus jenis 2.

No comments:

Post a Comment