Friday, 22 April 2016

ASAL USUL STEVIA.


          Nama Stevia diambil daripada nama New Latin seorang Doktor & Ahli Botani Sepanyol, Petrus Jacobus Stevus. Beliau turut dikenali sebagai Pedro Jaime Esteve.
Stevia berasal daripada masyarakat Brazil & Paraguay sebagai pemanis sejak beratus-ratus tahun yang silam. Digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.
Ia digelar ka'a he'e yang bermaksud herba manis. Fungsi daun stevia ialah untuk memaniskan teh herba yang kelat dan makanan. Ia turut dijadikan sebagai penawar untuk tekanan darah tinggi,melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

           Pada tahun 1899, ahli botani Moises Santiago Bertoni pertama kali menggambarkan tumbuhan ini sebagai tumbuhan yang tumbuh di timur Paraguay dan dinikmati rasa manisnya. Kegunaannya disedari sebagai pemanis oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Selepas itu,ia digunakan secara meluas hingga dibawa ke Asia.  Kajian awal dimulakan pada kurun ke-19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.



Story of Stevia.




No comments:

Post a Comment